okay, entry untuk pembuka bulan mei adalah tentang langkah pertama untuk masuk ke IPG, hahaha sastera sangat ayat tu kan. sebab harini 1 mei, cuti, hari pekerja dan, sebab dan berlalu nya seminggu untuk temuduga ipg ini, next week last, untuk kemasukan ke IPG ni secara lagsung ada DUA tapisan, tapi secara tak langsung kalau di campur ada TIGA.
1)mohon IPG then lulus untuk ke UKCG
2)lulus UKCG dapat untuk temuduga
3)lulus temuduga then dapatlah masuk IPG :) *secara tak langsung
untuk temuduge terakhir ni lebih senang nak cakap temuduga berbentuk percakapan lah, yang di nilai dengan kriteria2 tertentu,, cewaah!! okay okay, abg ni takda lah lame sangat duduk kt IPG ni, baru semester dua PPISMP.. PPISMP? what the.. haa dia ni macam program persediaan selama dua semester sebelum kau masuk ke ijazah lah.. untuk maklumat lanjut nanti dia akan terangkan time orientasi,, haa tu kalau dapat lah,, hahaha
temuduga terakhir ni, abg akan citer based on my experience, okay start with beginning, abg semak tepat jam 4 petang, then alhamdulillah abg dapat ke stage seterusnya iaitu temuduge nilah, gembira? ehh of kos gembira.. sangat sangat sangat sangat.. gembira tau. so benda yang paling penting temuduga ni adalah kau sediakan jer dokumen2 yang dia nak, kau print lah, sijil2 lumba lari kau tu, sijil2 pengerusi persatuan bendahari dsb.. hahaha dan sahkan oleh orang yang berkenaan lah ea. act benda tu abg pun tak tahu ape yang dia akan buat, sbb kalau tengok mcm takda function.. hmmm biar lah kertas je kan.
btw abg dapat temuduge ni kat IPG RAJA MELEWAR yang buat pertama kali abg dengar nama ipg tu, hahahaha jauh jugak tu dari johor nak ke sana. so seperti biase dalam filem2 malaysia, kalau nak pergi temuduga pakaian tu kenelah yang sesuai kan, takkan kau nak berseluar jeans. mmg kompom tak dapat. pakaian tu kene lah tunjukkan seperti seorang GURU dik oii,, nama pun nak masuk IPG. okay bla bla bla,,, tak kesah lah korang dapat IPG mane untuk temuduga.
okay tu intro ea, nak citer sebenarnya adalah apa yang di tanya time temuduge?ye dakk.. ahahaha
1) korang akan di bahagikan kepada kumpulan, satu kumpulan 10 orang, mixed laki pompuan dan ikot kos lah..
2)masuk ke bilik tu kau dah boleh lah bawak watak guru tu.. gaya tu kadang dia nilai jugak, even kdg2 mcm kita tak perasan.
3)okay baru masuk,,
SESI PERTAMA. dia akan tayangkan beberapa video berkenaan nilai2 murni, dalam 4-5 video lah, video pendek je, and video tu macam iklan burung murai, ikla raya petronas ke, time abg siap ada video jalur gamilang,, hah pelik kan.. so bile dah melayan video tu nnti dia akan tnya apa yang kita dapat dari video tu. so sorang kene cakap lah ape yang dia dapat. around 5 minits jer.. okay so sampai lah habes 10 orang tu
SESI KEDUA, dia akan beri situasi kepada kita, contoh yang abg dapat "murid yang kehilangan ayah atau ibu atau kedua-dua nya, bagaimana untuk memastikan pelajaran mereka tidak terganggu" haa lebih kurang macam tu lah, so dia akan tanya pendapat kita lah ea, haa ni pun around 5 minits je,,
okay dah habes... kadang ada je penemuduga yang nak borak2 haa tu korang layan jelah, nampak senang kan,, haa tu lah abg cakap tadi, lepas je temuduge ni korang mesti akan terdetik di hati,, hmmm sebenarnya apa yang dia nilai ekk?? ekk? hahahahaha mesti punya lah, ada yang dia nilai cuma kita pun tak tahu apa yang dia nilai.
so itu jelah sesi temuduge tu, takda bende pun, enjoy, its experience ah. yang kat atas tu based pengalaman abg ea.. kalau ada yang lainn haa tu dia punya pasal. huhu.
senang citer, dalam temuduge tu kau bercakap je, tp jngan over, suara tu main peranan, ealah suara kan aset guru, gaya percakapan, cara duduk haaa tu ingat, sopan lah sikit.. hmm rasa tu je lah yang boleh di kongsi untuk entry temuduge terkahir ni.
P/S KAU JANGAN NANGIS KALAU MOHON KOS LAIN, THEN UKCG DAPAT KOS LAIN, THEN TEMUDUGA PUN DAPAT KOS LAIN... hahahahaha
okay
wasalam. :)
nice to know you guys,
instgram : azrialey
facebook : Azri Mahali
nice to know you guys,
instgram : azrialey
facebook : Azri Mahali