Assalamualaikum :)
okay entri kali ini lebih menarik sikit. hahaha takdalah menarik sangat tapi ini pasal DUIT lah. hahaha. sebelum memohon IPG tahun lepas, ramai senior dan orang sekeliling bagi tahu bahawa elaun IPG sangat banyak dan besar. haha time tu biaselah jiwa muda, dengar sahaja duit, cepat aja di sambarnya. dapat idea untuk tulis entri ni sebab semalam elaun untuk bulan 5 baru masuk!!! hahahaha maka berakhirlah zaman kegawatan ekonomi pelajar2 di IPG ini. lulz
okay fasa ini abg akan abgi tahu berapa elaun pelajar IPG:
once kau dapat tawaran IPG around dalam bulan 6, elaun tu tak dapat lagi sebab kau perlu mengisi beberapa borang perjanjian yang mungkin sedikit menjengkelkan dan rumit dan malas nak ambil tahu tetapi borang tu lah yang paling penting. haha.
bila dapat tawaran belajar di IPG, kau di gelar pelajar Pra Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau bahasa akronimya adalah PPISMP :) untuk sistem baharu, PPISMP adalah hanya DUA semester sahaja. kira setahun lah. dan nak cakap elaun untuk PPISMP adalah RM430 fix. means takda potong2. tu elaun untuk kebanyakkan IPG, tetapi yang abang tahu hanya IPG di KL elaun dia lebih sikit. tu tak pasti sebab taknak ambil tahu. haha
banyaknyaaaaaa!!!!!!! rm430 tuuuuu!!
okay excited sangat :) yes pertama kali dengar memang mcm rasa jutawan tapi, bagi pelajar PPISMP ni kire okaylah, sebab tak banyak lagi aktiviti, praktikum dsb. basic elaun tu adalah kalau abg lah:
rm300 untuk makan sebulan, kiraan kasar, kdg2 tak sampai rm10 pun makan sehari
rm30 untuk topup sebulanrm100 simpanan kalau terdesak ataupun untuk beli tiket balik kampung. di sebabkan abg asal JOHOR jadi kalau tiket balik tu about rm100 jugak, so habes di situ sahaja elaunnya. hahaha
ehh habis tu baju2 ke atau barang keperluan ke nak gune ape? hahaha
untuk abg, baju kemeje untuk kuliah abg akan beli dua helai setiap kali masuk semester baru :)
kalau nak beli brg2 keperluan, haa rm100 yg extra tu lah yang di gunakan. tapi sbb abg lelaki, so brg semua cukup2 untuk satu sem. pakaian jalan pun beli yang perlu sahaja.
lebih kurang mcm tu lah pengiraan perbelanjaan pelajar2 ipg ni, kertas A4 ke , ink printer ke, haa beli lah time awal sem, atau baru masuk elaun, haha
okay so tu lah elaun untuk pelajar PPISMP :) untuk ijazah pula, korang akan di gelar pelajar, PISMP, iaitu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. haaa dan program ini adalah selama 8 semester. pehh lama kan? elaun dia adalah rm530 tak silap, tu dah siap potong elaun asrama rm80, kalau duduk luar haa tambah jelah rm80 tu. tapi mcm biasa. elaun untuk IPG di KL, kalau tak silap rm630 something like that lah. haaa so nak ceriter cemane elaun untuk PISMP diguna pun abg tak tahu sebab tak ijazah lagi. hahaha tunggu jelah tahun depan abg update.
kalau kau ada bank talian hayat iaitu bank PAMA. haa untungah, tapi untuk yang pemegang biasa bank PAMA. elaun itu memang cukup2 makan, alhamdulillah. kene pandai2 lah urus. dah besarkan? kata budak universityrion. hahaha
okay tetibe blur nak bagitahu ape lagi. hahaha kalau ada pertanyaan just tinggalkan komen anda.
wasalam :)
nice to know you guys,
instgram : azrialey
facebook : Azri Mahali