Tuesday, 4 April 2017

First Step Masuk IPG : UKCG


Alhamdulillah, akhirnya harini baru ada kelapangan nak buat entri pasal UKCG ni, maklumlah kesibukkan student ipg ni lain sikit, banyak benda kene settle, dengan assignment lagi, tadi malam baru dapat tidur dengan sempurna tak stay up sampai ke pagi. niat nak tulis entri tentang UKCG ni sebab harini keputusan adik adik untuk masuk UKCG keluar. Tahniah siapa yang dapat. yang tak dpat janganlah sedih, mungkin rezeki awak semua ada di tempat lain dan lebih baik.

okay tanak mengarut lelama, UKCG ni dia ada dua proses.

1. Ujian bertulis yang awak semua takperlu baca apa apa buku insak ke ape ke tak perlu. tak perlu baca apa-apalah senang sebab takkan ada keluar pun soalan pasal pendidikan ke negara ke apa lah. TAKDA. aku ulang TAKDA. Ujian bertulis ni dia macam soalan psikologi yang biasa kaunselor bagi kat korang masa sekolah dulu, dia takda ape2 fakta. soalan dia semua tentang diri sendiri. so get it? soalan dia tak susah. CHILLLL BROOOOO!! k

2. Proses kedua adalah, awak semua jalani ujian kecergasan, dia lebih kurang SEGAK masa kat sekolah lah, untuk calon selain calon PENDIDIKAN JASMANI, awak semua ada 5 stesen kecergasan (rasanya sebab dah lama dik non oi benda tu 4 tahun lepas) yang kene lalui. alah benda tu pun simple, dia ada bleep test, silang sisi, lompat quadran, bangkit tubi haa mcm tulah, dia simple serius lebih kurang macam SEGAK kat sekolah.

untuk adik yang dapat subjek pendidikan jasmani, haa awak semua ada 10 ujian kecergasan. maksudnya tambah 5 lagi ujian kecergasan yang lain. tu aku taktau sebab aku bukan budak PK. hahahaha

okay settle then dah habis semua tu, kau baliklah ke rumah dan berdoa untuk lulus dan boleh ke peringkat seterusnya.

ehh pendeknyaaa.. simplenya UKCG. yes dik tu jelah UKCG tu. takda yang hardcore mana pun. maca abku dulu maklumlah lepas spm kan hibernate kat rumah, haa lelemak tepu banyak, so adalah pitam pitam gak masa ukcg tu, serius, gemuk kot aku dulu, sekarang dah tak lah (masuk bakul angkat sendiri). and time tu aku rasa macam give up dah nak masuk ipg sebab mak datuk ujian kecergasan dia. end up aku lulus gak. #banggadiri. so korang warm up lah sesikit lari kat rumah tu, jogging ke apa, so takda semput sangat nanti time ukcg tu.


so siapa yang dapat UKCG kat IPG POH, haaa see you there.!! 

okay aku rasa takda benda dah nak di bagitau pasal UKCG ni, rasanya semua dah cakap, so macam biasa, raklu pape roger.  


sekian.


SEBELUM ITU, 

kalau korang mohon subjek lain, then UKCG dapat subjek lain, haa rilek jeee, kadang-kadang nanti kalau kau lulus untuk peringkat seterusnya, haa subjek tu akan berubah jugak. INGAT, ONCE KAU TOLAK IPG, SAMPAI BILA BILA KALAU KAU MOHON LAGI IPG TAKKAN TERIMA DAH, SEBAB SISTEM GOVERMENT NI ONCE KAU TOLAK APE APE PENAWARAN DARI DIA, HAA SAMPAI BILA KAU TAK DAPAT DAH.

okay dah sekian 2.0



nice to know you guys,
instagram : azrialey

facebook : Azri Mahali


Monday, 3 April 2017

ELAUN IPG DI POTONG!!

Hakikatnya yang perit untuk di terima tapi tulah hakikatnya, bermula tahun 2017, elaun pelajar ipg semua sama tak kira student PPIMSP ataupun PISMP, semua hanya dapat RM430 sahaja sebulan.
"ehh banyaknyaaa!! cukup lah tu sebulan" 

tak semudah tu dik, tak semudah itu, melainkan kau anak yang berada bukan dari keluarga yang sederhana haa RM430 tu cukup-cukup je, dahulunya elaun ipg aku kami dapat RM595 SEBULAN (ipg elaun lain-lain, biasa ipg dekat bandar dapat RM700++ kalau ipg yang luar bandar dapat RM595)  then tolak asrama RM80, so baki masuk dalam acc bank adalah RM515. kira okaylah time tu cukup untuk bayar wifi, beli bbm, beli keperluan assignment, makan minum,ink kertas printer tiket balik kampung semua. tapi since awal tahun 2017, kami semua dapat RM430 SEBULAN. asrama dah tak tolak RM80.

Kau kene rasa dulu elaun tu RM430 sebulan, macam mane nak survive makan minum, printer, ink, kertas a4, bahan assignment, bahan nak buat BBM, tiket balik kampung, cukup-cukup sangat, lebih pun tak banyak dan kadang ada tempoh kurang pulak tu, kene mintak kat parents, tapi aku STILL bersyukur ada elaun tu. #brobersyukur. dapat kurangkan beban parents.

sebelum ini kami setahun akan RM850 elaun alat tulis dan buku, biasa dapat bulan ogos, tapi bermula tahun ini semua itu sudah tiada dik, TIADA. kau bayangkan jelah. okay tu jelah entri tentang elaun untuk adik adik yang baru nak masuk ipg. GOOD LUCK!!

ada soalan? okay boleh tulis kat ruangan komen, in shaa allah aku balas kalau aku tak busy. macam biasa raklu paperoger

sekian.


nice to know you guy,
instagram : azrialey

facebook : Azri Mahali