Monday, 3 April 2017

ELAUN IPG DI POTONG!!

Hakikatnya yang perit untuk di terima tapi tulah hakikatnya, bermula tahun 2017, elaun pelajar ipg semua sama tak kira student PPIMSP ataupun PISMP, semua hanya dapat RM430 sahaja sebulan.
"ehh banyaknyaaa!! cukup lah tu sebulan" 

tak semudah tu dik, tak semudah itu, melainkan kau anak yang berada bukan dari keluarga yang sederhana haa RM430 tu cukup-cukup je, dahulunya elaun ipg aku kami dapat RM595 SEBULAN (ipg elaun lain-lain, biasa ipg dekat bandar dapat RM700++ kalau ipg yang luar bandar dapat RM595)  then tolak asrama RM80, so baki masuk dalam acc bank adalah RM515. kira okaylah time tu cukup untuk bayar wifi, beli bbm, beli keperluan assignment, makan minum,ink kertas printer tiket balik kampung semua. tapi since awal tahun 2017, kami semua dapat RM430 SEBULAN. asrama dah tak tolak RM80.

Kau kene rasa dulu elaun tu RM430 sebulan, macam mane nak survive makan minum, printer, ink, kertas a4, bahan assignment, bahan nak buat BBM, tiket balik kampung, cukup-cukup sangat, lebih pun tak banyak dan kadang ada tempoh kurang pulak tu, kene mintak kat parents, tapi aku STILL bersyukur ada elaun tu. #brobersyukur. dapat kurangkan beban parents.

sebelum ini kami setahun akan RM850 elaun alat tulis dan buku, biasa dapat bulan ogos, tapi bermula tahun ini semua itu sudah tiada dik, TIADA. kau bayangkan jelah. okay tu jelah entri tentang elaun untuk adik adik yang baru nak masuk ipg. GOOD LUCK!!

ada soalan? okay boleh tulis kat ruangan komen, in shaa allah aku balas kalau aku tak busy. macam biasa raklu paperoger

sekian.


nice to know you guy,
instagram : azrialey

facebook : Azri Mahali

2 comments:

  1. maksudnya untuk pengambilan student ipg bg sesi 2017, kerajaan dah tak bagi elaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tak sure lagi lah, rasanya dapat tapi tak boleh nak cakap, kalau ada rezeki dapatlah elaun, kalau takda elaun haa maybe ptptn

      Delete